Selasa, 26 Mac 2013

BAGAIMANA CARA UNTUK MASAK RUMPAI LAUT..?


Sebenarnya gambar-gambar di bawah sudah lama diambil cuma untuk proses editing tu mengambil masa yang agak lama jugakla.... Maklumla... Bz ngan anak2. Bile ade mase terluang jerk boleh jengah-jengah lappy ni...

Bukan susah nak masak rumpai laut ni. 100 gram tahan dalam lebih kurang sebulan. Gred AA dlm RM 10 dan gred AAA dlm RM 15... Termasuk penghantaran tau... Itu special offer dari saya tau....

Ahad, 24 Mac 2013

ASSALAMUALAIKUM....

SAYA JUGA ADA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN MEMBAIKI KOMPUTER, NETBOOK DAN LAPTOP. ANTARA PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

FORMAT
RM 20 SAHAJA

BACKUP DATA
BERGANTUNG PADA KAPASITI DATA

HARDWARE PROBLEM
BERGANTUNG PADA JENIS KEROSAKAN HARDWARE

PERKHIDMATAN INI HANYA UNTUK MEREKA YANG BERDEKATAN SAHAJA.

Jumaat, 15 Mac 2013

Apakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?


Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun. Bermacam2 benda masuk dalam tubuh kita, bahan2 kimia, pengawet, ubat2 hospital, pencemaran sana-sini dan lain2.

Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan. 

Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah Mengambil kolagen mentah rumpai laut ni?

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya. Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.

Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulaannya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihkan, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.


TANDA-TANDA PROSES PEMULIHAN (HEALING CRISIS)
  1. Keletihan/mengantuk ( tubuh berasid, fungsi hati yang lemah )
  2. Sakit kepala/pening ( tekanan darah yg tinggi, tanda detoxsifikasi )
  3. Demam dan sedikit keresahan ( metobalisma meningkat, hormon tidak stabil )
  4. Kerap membuang air besar dan kecil  ( tanda detoxsifikasi / sisa toksin terkumpul dalam badan )
  5. Kembung perut /bergas ( tanda sistem penghadaman yang lemah )
  6. Ruam, gatal kulit , peluh berbau busuk .kelemumur dan bejerawat ( fungsi hati yg lemah, banyak toksin )
  7. Batuk, berkahak, selesema, bersin ( anda mengalami resdung, fungsi hati yg lemah )
  8. Hidung berdarah( anemia/tidak cukup darah merah )
  9. Sakit di bahagian otot dan sendi ( tubuh berasid, toksin tekumpol tempat yang sakit )
  10. Merasa lebih sakit di tempat yang terjejas ( proses penyembuhan semakin cepat )
  11. Insomnia/hyperaktif ( sistem saraf yang lemah )
  12. Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung
  13. Semakin banyak mengeluarkan lender ( akibat dari ketidakseimbangan hormon / sedang membetulkan hormon )
  14. Pening dan lapar ( hipoglisemia / paras gula dalam darah yg rendah )
  15. Loya , sembelit, sedu (sistem penghadaman yang lemah dan masalah hati ) 

Proses ini hanya di awal pengambilan sahaja antara 1 hingga 2 minggu bergantung pada badan seseorang. Teruskan pengambilan rumpai laut ini dan jangan SKIP kerana rumpai laut ini berupaya menyingkirkan segala toksin di dalam badan. Apa salahnya untuk bertahan seketika untuk satu perubahan yang besar pada diri kita di dalam dan di luar. Ada yang tak pernah merasainya dan ada yang teruk mengalaminya. Semuanya bergantung pada badan individu masing-masing.

Isnin, 18 Februari 2013

Rumpai Laut Sabah aka Pure Marine Collagen


Kolagen (atau Collagen dalam Bahasa Inggeris nya) adalah protein yang terdapat dalam tulang, gigi, dan otot. Kolagen menyokong aktiviti selular dalam badan kita. 70 % daripada kulit kita diperbuat daripada kolagen yang membantu membuatkan kulit kita anjal dan tegang. Tahu tak bahawa setiap manusia (bayi) ketika lahir memang dah tersedia ada kolagen dalam tubuh mereka.. 

Kolagen dalam tubuh kita bertindak seperti tiang penyokong bagi kulit. Boleh juga kita katakan ia sebagai spring dalam tilam yang kita tido tiap-tiap malam. Anggapkan tiang penyokong kulit kita rapuh, apa akan jadi pada kulit yang dipegangnya? Apabila spring tilam kita sudah tidak lagi kenyal, apa jadi pada tilam kita? Apabila padding kulit kita sudah mula pudar / menghilang maka kulit kita tidak lagi anjal dan kedutan akan mula menunjukkan diri.. ( Ohh, ini NIGHTMARE! ) 

Tahu tak kajian telah membuktikan yang kita mula kehilangan kolagen pada usia 20-an! Ada yang kata seawal usia 25 tahun!! 

Rumpai laut adalah salah satu sumber utama Kolagen yang sangat diperlukan oleh tubuh kita. Kesan pengambilan rumpai laut akan dapat dilihat kesannya seawal 1 minggu sahaja! Kolagen (atau Collagen dalam Bahasa Inggeris nya) adalah protein yang terdapat dalam tulang, gigi, dan otot. Kolagen menyokong aktiviti selular dalam badan kita. 70 % daripada kulit kita diperbuat daripada kolagen yang membantu membuatkan kulit kita anjal dan tegang. Tahu tak bahawa setiap manusia (bayi) ketika lahir memang dah tersedia ada kolagen dalam tubuh mereka.. 

Kolagen dalam tubuh kita bertindak seperti tiang penyokong bagi kulit. Boleh juga kita katakan ia sebagai spring dalam tilam yang kita tido tiap-tiap malam. Anggapkan tiang penyokong kulit kita rapuh, apa akan jadi pada kulit yang dipegangnya? Apabila spring tilam kita sudah tidak lagi kenyal, apa jadi pada tilam kita? Apabila padding kulit kita sudah mula pudar / menghilang maka kulit kita tidak lagi anjal dan kedutan akan mula menunjukkan diri.. ( Ohh, ini NIGHTMARE! ) 

Tahu tak kajian telah membuktikan yang kita mula kehilangan kolagen pada usia 20-an! Ada yang kata seawal usia 25 tahun!! 

Rumpai laut adalah salah satu sumber utama Kolagen yang sangat diperlukan oleh tubuh kita. Kesan pengambilan rumpai laut akan dapat dilihat kesannya seawal 1 minggu sahaja! 


Kesan Kehilangan Kologen





KHASIAT RUMPAI LAUT ASLI SABAH



KOLAGEN
10 kali ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu dan 24% kolagen ini bersamaan denggan 2 keping sarang burung layang-layang.

KALSIUM
37 kali ganda lebih tinggi daripada hati ikan.

ANTIOKSIDA
550 kali lebih kuat dari vitamin C.

VITAMIN A
40 kali lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.

PROTEIN
21 kali lebih banyak dari susu.

OMEGA 3 DAN OMEGA 6
2326 kali lebih banyak dari ikan.


Rumpai laut mempunyai kandungan iodine yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang. Ia turut memiliki banyak vitamin dan mineral penting untuk tubuh seperti kalsium, magnesium, potasium, Vitamin B6, B12, C, A, omega 3 dan antioksidan. Kandungan serat yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu pengguna mengatasi masalah sembelit/buasir.


SANGAT DISARANKAN UNTUK MEREKA
Bermasalah kulit (menghapuskan jerawat muka/badan, kudis, kegatalan)
Luka kemalangan/pembedahan (mempercepatkan kesembuhan kecederaan)
Warga emas, sakit terlantar/uzur (untuk memulihkan tenaga)


KESAN PENGAMBILAN KOLAGEN ASLI
Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
Memejalkan payudara, otot dan punggung
Menyihatkan rambut dan kuku
Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
Mengurangi selulit
Memberi tenaga
Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
Merawat penyakit gout
Mencegah kanser/tumor
Menurunkan tekanan darah tinggi
Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
Anti bakteria/kulat
Merawat anemia
Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
Menberikan rasa kekenyangan (diet)
Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)

Pengambilan kolagen mentah ini secara teratur dan berterusan memberi impak yang sangat positif, menjadikan kulit keseluruhan badan licin, halus, lembut dan cerah. Pori2 kulit wajah mengecil dan tampak segar bermaya. Kolagen ini juga boleh dibuat masker. Bagi ibu hamil, pengambilan kolagen membuatkan kulit bayi yang dilahirkan cantik, sihat dan cerah.


SAKIT LUTUT

Rumpai Laut ni mampu menambah kembali bendalir yang hilang kerana faktor usia dan lain-lain faktor. Kekadang rasa kasihan apabila saya lihat penderitaan orang-orang yang berpenyakit lutut ni. Insyallah... Saya juga nak cuba untuk ibu saya yang memang sudah bertahun sakit lutut.... Nanti resultnye saya akan update k...
Apakata kita cuba sama-sama.... Hadiahkan pada mak ayah dan mereka2 di sekeliling kita dengan rumpai laut ni... Bukan mahal pun kan...





KULIT KEPALA BERMASALAH





CARA PENYEDIAAN UNTUK 100 GRAM
Sepeket/separuh kolagen mentah perlu dibasuh 5 - 6 kali (seperti mencuci beras). Sebolehnye basuh dengan air asam jawa untuk megurangkan bau.
Rendam semalaman bersama daun pandan untuk mengurangkan bau. Seeloknya rendam 4 sehingga 8 jam sahaja atau sehingga rumpai laut tersebut kembang.
Basuh lagi beberapa kali untuk menghilangkan bau dan sisa masin air laut lalu ditoskan.
Masak rumpai laut dengan 1.5 liter air. Sukatan air sebenarnya akan menentukan rumpai laut yang di masak cair atau pekat. Sebolehnya masak bersama daun pandan agar rumpai laut yang dimasak lebih harum dan enak untuk di makan.
Masak selama lebih kurang 15 sehingga 20 minit atau sehingga rumpai laut benar-benar hancur.
Tapis dan asingkan 2 bahagian. 1 bahagian untuk di buat masker dan 1 bahagian lagi untuk di makan. Tambahkan gula untuk bahagian untuk di makan agar rasa lebih enak dan sedap.
Simpan di dalam peti ais.
Apabila hendak di gunakan, gunakan sudu yang bersih bagi mengelakkan rumpai laut rosak dan basi.


CARA PENGAMBILAN
Ambil 2-3 sudu besar kolagen yang disimpan selepas di masak semasa bangun tidur (sebelum gosok gigi) atau setengah jam sebelum sarapan (waktu terbaik kolagen diserap tubuh tika perut kosong) dan sebelum masuk tidur (malam).
Boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dalam jus minuman/buah untuk memberikan perisa yang enak/lazat.
Jangan minum minuman berkafien seperti teh, kopi dan nescafe 3 jam sebelum dan selepas makan rumpai laut ini kerana minuman berkafien akan menyerap vitamin c yang ada....



MENGGUNAKAN RUMPAI LAUT SEBAGAI MASKER WAJAH
Caranya, cuci bersih wajah dengan sabun pembersih dan bilas. Lebih elok jika diwapkan wajah selama 10-15 minit bagi membuka liang pori-pori kulit.
Sapu gel rumpai laut ini di serata wajah dan leher. Biarkan ia kering sebelum dibersihkan atau boleh dibuat tidur semalaman sebelum dicuci esok pagi.
Ia pantas serap, tidak melekit atau berbau. Hasilnya pori2 kulit wajah lebih halus, lembut, anjal dan cerah. Amalkan selalu untuk hasil yang lebih menawan.
Selain penyediaan masker wajah yang asas ini, anda juga boleh mencampurkan nya dengan bahan lain mengikut kesesuaian jenis kulit.

KULIT BERMINYAK
Sebatikan gel rumpai laut bersama sebiji tomato ranum yang dibuang biji dan kulit serta dilenyek halus. Campuran ini kemudiannya disapu pada wajah dan dibiar kering selama 20-25 minit sebelum dibersihkan. Ia mampu mengimbangi pengeluaran minyak berlebihan selain menjadikan kulit lebih halus dan bersih.
KULIT NORMAL
Campurkan madu bersama gel rumpai laut. Sapu di keseluruhan wajah dan biarkan ia selama 20 – 25 minit sebelum dibersihkan. Ia akan membuatkan kulit tampak lebih berseri, segar dan bercahaya.
KULIT KERING
Campurkan gel rumpai laut ini dengan susu tepung atau jus lemon bagi mengembalikan kelembapan kulit dan membuatkan kulit tampak lebih muda dengan melambatkan tanda2 penuaan yang lain.








SELAMAT MENCUBA.....